PENGALAMAN MENGAJAR ERTI KEHIDUPAN
Like this:
One blogger likes this post.
Catatan ini telah dibuat pada Disember 10, 2008 pada 1:53 am di bawah Pelbagai . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed
Anda boleh catatkan maklumbalas, atau trackback daripada laman anda.
Mac 21, 2009 pada 12:40 pm
assalamualaikum..apa kabar..nak join the club boleh?
Mac 23, 2009 pada 3:14 pm
boleh..dialu-alukan….perkenalankan diri n password dulu..he2…
Mac 23, 2009 pada 3:22 pm
salam kenkawan…aku skang bz skit ni…dah jarng masuk blog ni..aku nk settlekn keje yg bertimbun ni ha…bln 5 dah nk brenti keje…dah dapt keje baru…so,kn settlekan keje2 ni dulu…serabut2….hu2..nanti xdapt la..nk maen internet lg..hu2…bereh..wassalam…
April 10, 2009 pada 10:11 am
Larangan Penggunaan Pemutus Litar Bocor Ke Bumi (PLBK) Kendalian Voltan
Selasa, 13 Mac 2007
Pemutus Litar Bocor Ke bumi (PLBK) ialah sejenis alat perlindungan yang boleh melindungi pengguna daripada renjatan elektrik jika berlaku kebocoran arus pada kelengkapan pengguna. Alat ini bertindak memutuskan bekalan dengan serta merta apabila kebocoran arus dikesan berlaku. Terdapat dua jenis PLBK iaitu PLBK Kendalian Voltan dan Kendalian Arus. Bagaimana pun PLBK kendalian voltan kurang berkesan berbanding dengan PLBK Kendalian Arus.
ibubapa.jpgibuapi2.jpg
PLBK Kendalian Voltan
Berdasarkan kes-kes kemalangan elektrik yang disiasat, terutamanya yang melibatkanpepasangan domestik, kegagalan PLBK berfungsi dengan berkesan menjadi puncautama yang menyumbang kepada kes yang mengakibatkan maut. Oleh yang demikian penggunaan PLBK kendalian voltan hendaklah dihentikan serta merta dan hanyaPLBK jenis kendalian arus sahaja yang boleh digunakan. PLBK jenis kendalian arus juga dikenali dengan Peranti Arus Baki (PAB). Selain daripada itu terdapat nama-nama lain yang mempunyai fungsi yang lebih kurang sama dengan PAB.
Sebarangan penggantian atau pemasangan PAB hendaklah dilakukan olehkontraktor elektrik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga denganmenggunakan PAB yang mempunyai label SIRIM sahaja. Pastikan kontraktor elektrik tersebut menunjukkan perakuan pendaftarannya sebelum memulakan kerja.
untitled.jpg
Bila berlaku arus bocor, arus ini akan dibumikan melalui dawai pembumian. Dawai pembumian iniditamatkan di kotak bumi. PAB dengan kadar epekaan 100mA lazimnya dipasang di kotak agihan. Bagaimana pun untuk menggunakan kelengkapan mudah alih yang dikendalikan engan tangan, PAB tambahan pada kadar kepekaan 30 mA perlu dipasang terlebih dahulu pada palam kuasa yang hendakdigunakan. Bagi kelengkapan elektrik yang digunakan di tempat permainan kanak-kanak atau kawasan yang berair seperti bilik mandi, kolam renang dan kolam airpancutan, kadar kepekaan PAB yang mesti digunakan ialah 10mA. Kadaran-kadaranini adalah selaras dengan kehendak Peraturan-peraturan Elektrik 1994. PAB ini juga perlu diuji sekurang-kurangnya sebulan sekali bagi memastikan ia berfungsi denganbaik. Secara ringkasnya kadar PAB adalah seperti dibawah;
Jenis Peralatan Kadar maksimum PAB
PAB perlu dipasang di kotak agihan samada pepasangan satu fasa atau tiga fasa. Penyambungan hendaklah dibuat bagi mana-mana litar akhir, samaada secara individu atau dalam kumpulan. 100mA
Kelengkapan, radas atau perkakas yang dipegang dengan tangan (peralatan mudah alih) seperti mesin basuh, peti sejuk, penebuk lubang elektrik, perlu adaPAB yang kedua. Oleh yang demikian soket alurkeluar perlu dipasang dengan PAB dan pemasangannya boleh dibuat di kotak agihan.Walaubagaimanapun PAB jenis mudah alih(portable RCD) juga boleh digunapakai.
30mA
Pepasangan di tempat hiburan awam seperti kawasan yang terdapat permainan kanak-kanak
seperti kiddy ride, mesin video dll perlu dipasang PAB. 10mA
Kelengkapan elektrik seperti pemanas air elektrik yang dipasang ditempat yang lantainya berkemungkinan akan basah atau jika dinding ataukepungan berintangan elektrik yang rendah seperti bilik air perlu ada PAB yang kedua. 10mA
Walaubagaimana pun PAB ini tidak dapat melindungi daripada voltan yang tinggi disebabkan kilat. Satu alat lain diperlukan untuk mendapat perlindungan daripada kilat.Pengguna-pengguna juga perlu mengambil langkah-langkah yang selamat dalam menangani isu pendawaian elektrik.
Bagaimana Sistem Perlindungan Bumi Berfungsi?
Setiap litar akhir akan dilengkapi dengan tiga terminal yang disambung pada kelengkapan, teminal hidup, neutral dan bumi. Konduktor bumi disambung dariterminal bumi ini ke kotak bumi. Apabila berlaku kebocoran arus pada kelengkapan,arus ini akan mengalir ke jisim bumi melalui konduktor bumi. Kebocoran arus ini akan dapat dikesan oleh PAB. PAB dengan serta merta memutuskan bekalan supayaianya tidak mendatangkan bahaya kepada manusia. Oleh yang demikian konduktorbumi dari kotak bumi ini perlu disambungkan ke soket alir keluar dan seterusnya ke semua kelengkapan elektrik yang mempunyai bahagian logam yang terdedah.
Apakah Kotak Bumi ?
kotak.jpgKotak bumi (earth chamber) adalah dimana satu elektrod bumi (panjangnya lebih kurang 1 meter) ditanam kedalambumi. Semua dawai bumi (konduktor bumi) disambungkankepadanya. Sambungan ke bumi ini adalah untuk menghadkan
voltan / arus yang terjadi disebabkan kerosakan tersebut ke takat yang selamat sehingga fius terbakar atau Pemutus LitarKecil (PLK) atau PAB terpelantik. Perlindungan ini tidak dapat mengelakkan seseorang terkena regambar.jpgnjatan elektrik, tetapi ciri-ciri masa danarusnya dapat memastikan renjatan itu tidak membunuh. Adalah amat dikehendakisupaya rintangan wayar bumi serendah yang mungkin bagi memudahkan arusmengalir kebumi bila berlaku kerosakan. Sistem perlindungan bumi yang rosak atau badan peralatan elektrik tidak disambungkan ke wayar bumi akan mengakibatkan PAB tidakterpelantik jika berlaku arus rosak kebumi. Pastikan kotak bumi dirumah anda sentiasa tertutup dan tidak terdedah. Pastikan juga ianya tidak disimenkan terutama semasapengubahsuaian rumah atau sebagainya.
Adakah semua kelengkapan elektrik perlu disambung ke wayar bumi?
Kelengkapan elektrik yang disambung ke wayar bumi adalah juga dipanggil kelengkapan Kelas 1. Semua kelengkapan elektrik yang mempunyai badan berlogamadalah perlu disambung ke wayar bumi dan menggunakan palam tiga pin.Kelengkapan elektrik yang tidak disambung ke wayar bumi dipanggil kelengkapan Kelas 2. Semua kelengkapan elektrik yang tidak mempunyai badan berlogam tidakperlu membuat sambungan wayar ke bumi dan boleh menggunakan palam dua pin.Walaubagaimanapun kelengkapan tersebut direkabentuk supaya mempunyai dua sistem penebat agar kemungkinan untuk mendapat renjatan elektrik dapat dielakkan.Adalah menjadi asas dalam keselamatan elektrik bahawa setiap kerosakan yangterjadi tidak mendatangkan keadaan yang membahayakan. Adalah sangat penting setiap kelengkapan elektrik memenuhi kehendak-kehendak standard keselamatanyang ditetapkan bagi mengelakkan keadaan yang tidak selamat. Setiap kelengkapanyang diluluskan oleh Suruhanjaya Tenaga adalah diuji untuk memenuhi keperluanstandard-standard keselamatan yang telah ditetapkan.
Apakah Kotak Agihan ?
agih.jpg
Ia juga dikenali sebagai kotak fius dan ianya terletak di antara meter elektrik TNB dan semua litar elektrik didalam rumah. Ia menempatkan Suis Utama, PLBK/PAB, Pemutus Litar Kecil (PLK) / Fius, terminal hidup, neutral dan bumi.Pada sistem pendawaian sekarang fius tidak lagi digunakan dan diganti dengan PLK (Miniature Circuit Breaker-MCB) yang berfungsi lebih kurang sama seperti fius. Disamping itu juga terdapat satu lagi alat perlindungan iaitu dipanggil Pemutus Litar Bocor keBumi (PLBK) atau juga dikenali sebagai Pemutus Arus Baki (PAB).
Apakah Pemutus Litar Kecil – PLK (MCB) ?
plk.jpg
Fungsi PLK ini sama seperti fius iaitu memberi perlindungan kepada sistem pendawaian litar elektrik daripada arus lampau disebabkan beban lampau atau litar pintas. Jika sekiranya kadar arus melebihi kadaran PLK tersebut maka PLK akan terpelantik dan perlu di set kan semula supaya litar dapat disambungkan semula. Ini adalah salah satu kebaikan PLKberbanding dengan fius kerana ia boleh digunakan berulang kali.
Apakah perbezaan di antara Pemutus Litar Kecil dan PLBK ?
PLK memberi perlindungan daripada arus / beban lampau dan litar pintas. Ianya lebih kepada memberi perlindungan kepada peralatan elektrik dan sistem pendawaian itusendiri. PLBK pula memberi perlindungan kepada manusia daripada kejutan elektrikakibat daripada arus bocor.
Apakah dia Pemutus Litar Bocor Kebumi – PLBK (Earth LeakageCircuit Breakers – ELCBs)?
Ia dikategorikan kepada dua iaitu PLBK kendalian voltan dan PLBK kendalian arus.PLBK kendalian voltan mula diperkenalkan lebih kurang 60 tahun dahulu sementara PLBK kendalian arus pula lebih kurang 40 tahun (diperkenalkan pada tahun 50’an)dahulu.
Bagaimana Pemutus Litar Bocor Kebumi Kendalian Voltan berfungsi ?
Arus lalu melalui PLBK. PLBK pula mengandungi gelung geganti yang mana ianyadisambung ke badan beban berlogam (contoh badan pada cerek air) pada satu hujung dan disambung kepada dawai bumi pada hujung yang satu lagi. Jika berlaku kenaikanvoltan pada badan beban yang mana menyebabkan terdapat perbezaan voltan pada bumi dan badan beban, bahaya kejutan elektrik akan berlaku. Perbezaan voltan inimenghasilkan arus elektrik dari badan beban berlogam melalui gelung geganti danterus ke bumi. Apabila voltan pada badan beban berlogam itu meningkat ke paras
yang bahaya iaitu melebihi 50Volt, arus yang mengalir melalui gelung geganti mampu untuk mengerakkan sesentuh geganti dengan memutuskan arus bekalan bagi menyelamatkan daripada bahaya kejutan elektrik.
Bagaimana Pemutus Litar Bocor Kebumi Kendalian Arus berfungsi ?
Arus lalu melalui PLBK. Arus ini dilalukan ke alatubah arus (alat berbentuk doughnut) dan terus kepada beban. Arus daripada beban pula dilalukan sekali lagi ke alatubah. Pada keadaan biasa jumlah arus yang dibekalkan ke beban adalah sama dengan jumlah arus yang keluar dari beban. Oleh kerana terdapat perseimbangan terhadap arus yang masuk dan keluar, ianya tidak mendatangkan kesan kepada alatubah arus. Jika sekiranya terdapat arus bocor ke bumi, disebabkan oleh kerosakkan ke bumi, maka arus masuk dan arus yang keluar tidak akan seimbang lagi. Ketidak seimbangan ini akan menjana arus dan jika arusnya melebihi kadar yang ditetapkan, PLBK tersebut akan terpelantik dan memutus bekalan.
Jika sekiranya terdapat arus bocor ke bumi, PLBK kendalian voltan hanya akan terpelantik apabila arus yang melalui gelung geganti cukup untuk mengerakkan sesentuh geganti untuk memutuskan bekalan. Jika tidak arus bocor tersebut akan terus mengalir ke bumi. Tahap perlindungan dari kejutan elektrik yang diberi oleh PLBK kendalian voltan adalah tidak berapa sensitif. Satu lagi keburukannya ialah ia mempunyai kecederungan untuk terpelantik dari arus bumi yang disebabkan dari pepasangan lain. Manakala PLBK kendalian arus akan terpelantik jika arus masuk dan keluar adalah tidak seimbang. PLBK kendalian arus adalah lebih sensitif terhadap arus bocor kebumi.
PLBK kendalian voltan telah dimansuhkan penggunaannya di Malaysia sejak
1994 lagi. Merujuk kepada Peraturan Pendawaian Institute of Electrical Engineers penggunaannya juga diharamkan sejak 1985 (Peraturan IEE 15). Kesemua PLBK kendalian voltan perlu ditukar ke PLBK kendalian arus secepat mungkin bagi tujuan keselamatan.
Apakah dia Peranti Arus Baki – PAB (Residual Current Device-RCD)?
Kebiasaannya kedua-dua alat tersebut dipanggil PLBK oleh kerana mempunyai fungsi yang sama. Walaubagaimanapun dalam penggunaan dan pemakaian standard keselamatan, PLBK kendalian arus dipanggil Peranti Arus Baki (RCD – Residual Current Device) bagi memudahkan membuat perbandingan.Perlu ditekankan disini bahawa PAB tidak akan dapat menyelamatkan seseorang dari terkena renjatan disebabkan sentuhan secara langsung. Oleh yang demikian adalah dinasihatkan supaya tidak membaiki atau membuka mana-mana sistem pendawaian atau kelengkapan elektrik. Pastikan ianya dilakukan oleh mereka yang ditauliahkan oleh Suruhanjaya Tenaga. PAB direkabentuk untuk membantu mengelakkan renjatan elektrik disebabkan oleh sentuhan tidak langsung seperti tersentuh badan cerek berlogam yang menjadi hidup disebabkan arus bocor kebumi.
Apakah jenis PAB?
Jenis perlindungan yang diberi oleh PAB dibahagi kepada dua dan dilabelkan seperti berikut;
simbol1.jpgsimbol2.jpg
ο Jenis AC Hanya digunakan bagi perlindungan daripada arus bocor ke bumi bagi arus ulang-alik
ο Jenis A Hanya digunakan bagi perlindungan daripada arus bocor ke bumi bagi arus ulang-alik dan arus terus (pulsating DC (rectified AC))
ο Jenis B Hanya digunakan bagi perlindungan daripada arus bocor ke bumi bagi arus terus (pure DC earth fault currents) yang mana kebiasaannya dihadkan kepada kegunaan khas (e.g. rectified three phase suplies).
Apakah Kadaran PAB?
Kadaran ini adalah had arus yang bocor ke bumi yang mana jika sekiranya arus bocor tersebut melebihi had kadaran tersebut maka PAB akan terpelantik dan memutuskan bekalan. Mengikut Peraturan Elektrik 1994, kadaran PAB adalah ditentukan seperti dibawah;
Peraturan 36
(1) Bagi suatu pepasangan di tempat hiburan awam, perlindungan terhadap arus kebocoran bumi hendaklah dibuat bagi mana-mana litar akhir yang membekalkan tenaga kepada sesuatu kelengkapan yang dimaksudkan untuk mengadakan perkhidmatan kepada orang awam atau yang dimaksudkan boleh diakses, digunakan atau dikendalikan oleh orang ramai dengan menggunakan peranti arus baki yang mempunyai arus kendalian baki terkadar tidak melebihi 10 miliampere;
(2) Bagi sesuatu pepasangan di tempat yang lantainya berkemungkinan akan basah atau jika dinding atau kepungan berintangan elektrik yang rendah, perlindungan terhadap arus kebocoran bumi hendaklah dibuat pada mana-rnana litar akhir yang membekalkan tenaga kepada mana-mana kelengkapan, sama ada secara berasingan, atau dalam kumpulan, dengan peranti arus baki yang mempunyai arus kendalian baki terkadar tidak melebihi 10 miliampere.
(3) Bagi sesuatu pepasangan jika kelengkapan, radas atau perkakas yang dipegang dengan tangan digunakan atau berkemungkinan digunakan, perlindungan terhadap arus kebocoran bumi hendaklah dibuat pada mana-mana litar akhir, sama ada secara berasingan atau dalam kumpulan, dengan peranti arus baki yang mempunyai arus kendalian baki terkadar tidak melebihi 30 miliampere.
(4) Bagi sesuatu pepasangan, selain daripada pepasangan yang disebut dalam subperaturan (1), (2) dan (3), pertindungan terhadap arus kebocoran bumi hendaklah dibuat bagi mana-mana litar akhir, sama ada secara individu atau dalam kumpulan, dengan peranti arus baki yang mempunyai arus kendalian baki terkadar tidak melebihi 100 miliampere melainkan;
(a) atas sebab-sebab fungsi, adalah tidak praktik untuk mengadakan perlindungan itu; atau
(b) adalah tidak selamat atau berbahaya untuk mengadakan perlindungan itu.
Adakah PAB dapat mengelakkan seseorang terkena renjatan elektrik ?
Ada banyak faktor yang menentukan seseorang itu selamat daripada kejutan elektrik dan antara faktor itu ialah tempoh masa terkena kejutan serta arus elektrik yangmengalir. PAB direkabentuk untuk terpelantik bagi memutuskan bekalan apabila iamencapai kadar yang telah ditetapkan. Ianya tidak boleh dijamin dapat menyelamatkan diri daripada kejutan elektrik dan oleh yang demikian lain-lain sistemperlindungan elektrik yang terdapat didalam sistem pendawaian elektrik juga perlu diberi perhatian. Walaubagaimanapun PAB dapat membantu bagi memastikan kejutan elektrik itu suatu pengalaman yang menyakitkan dan tidak membawa kepada kematian.
Peralatan yang memberi perlindungan elektrik yang terdapat dalam sistempendawaian elektrik ialah PLK, PAB, fius yang terdapat didalam palam tiga pin dandawai bumi. PAB adalah sesuai untuk melindungi daripada terkena renjatan elektrik.
untitled.jpgPerlukan PAB diuji ?
Pada PAB terdapat butang yang digunakan untuk memastikan sistem pelantik itu berfungsi dengan baik.Pengujian sebulan sekali adalah digalakkan.
Ujian ini bagi memastikan alat mekanikal yang terdapat didalam PAB tidak tersangkut, terlekat atau rosak yangmana boleh menghalangnya daripada memutuskan bekalanjika berlaku arus bocor kebumi.
Apakah yang patut dilakukan jika PAB terpelantik ?
Jika PAB terpelantik ada dua cara boleh dilakukan;
1.0 Jika PAB di ‘on’ kan dan PAB masih terpelantik, maka kemungkinan terdapat kelengkapan elektrik yang sedang ‘on’ dan telah rosak yang mana terdapat arus bocor ke bumi yang berterusan. Oleh yang demikian ‘off’ kan semuakelengkapan elektrik termasuk lampu dan sebagainya. ‘On’ kan PAB semula dan‘on’ kan kelengkapan elektrik satu persatu sehingga PAB terpelantik sekali lagi.Asingkan kelengkapan tersebut. Jika keadaan yang sama berlaku walaupun kelengkapan tersebut diasingkan, sila hubungi pendawai elektrik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga untuk membaiki kerosakan tersebut.
2.0 Jika PAB di ‘on’ kan dan PAB masih terpelantik walaupun selepas semua kelengkapan elektrik di ‘off’ kan, maka kemungkinan terdapat ketidak seimbangan yang berterusan di antara arus yang masuk (hidup) dan keluar (neutral) didalam litar tersebut. Keseluruhannya sistem pendawaian perlu diperiksa. Sila hubungi pendawai elektrik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga untuk membaiki kerosakan tersebut.
Bagaimana melindungi kelengkapan elektrik daripada musnah disebabkan kilat ?
Kilat menyebabkan satu keadaan dimana tenaga elektrik yang tinggi terjana dalammasa yang sangat singkat. Ia boleh merosakkan kelengkapan yang mempunyai komponen elektronik. PAB tidak memberi perlindungan kepada voltan yang tinggidisebabkan kilat. Sistem perlindungan kilat perlu dipasang bagi menyekat tenaga yangterhasil daripada masuk ke dalam sistem pendawaian elektrik di rumah.
Apakah langkah keselamatan dan perlindungan yang perlu diambil ?
o Kelengkapan elektrik yang berlogam perlu menggunakan palam tiga pin.
palam1.jpg
o Jangan menggunakan kelengkapan elektrik dengan tangan yang basah.
o Pastikan membaca buku panduan yang disediakan apabila membeli kelengkapan elektrik.
o Pastikan sistem pendawaian elektrik tidak disambong / ubah tanpa dilakukan oleh pendawai yang diluluskan oleh Suruhanjaya Tenaga. o ‘Off’ kan kelengkapan yang tidak digunakan.
Nama-nama lain yang berkaitan
rccb1.jpgrccb2.jpg
Pemutus Litar Arus Baki (RCCB – Residual Current Circuit Breaker). Ini adalah suis mekanikal dan ditambah PAB. Fungsi utamanya ialah untuk melindungi pengguna daripada arus bocor kebumi.
rcbo.jpg
Pemutus Arus Baki dengan perlindungan Arus Lampau (RCBO – Residual Current Breaker with Overcurrent Protection). Ini adalah Pemutus Litar Arus Lampau dengan ditambah fungsi PAB (MCB +RCCB). Ia mempunyai dua fungsi;
(a) untuk memberi perlindungan daripada arus rosak ke bumi (earth fault currents); dan
(b) untuk memberi perlindungan daripada arus lampau (over currents).
Keburukan RCBO ialah jika ia terpelantik adalah tidak dapat diketahui samada disebabkan arus lampau atau arus rosak ke bumi.
GFI = Ground Fault Interrupter. Istilah ini biasanya dipakai di Amerika Utara.Operasinya adalah sama seperti PAB.
April 10, 2009 pada 10:16 am
Soalan Lazim Mengenai Pepasangan Elektrik: Berdasarkan Kehendak Akta Bekalan Elektrik 1990 & Peraturan-Peraturan Elektrik 1994.
1. S:
Apakah yang ditafsirkan dengan ‘Pepasangan’?
J:
‘Pepasangan’ ertinya keseluruhan mana-mana loji atau kelengkapan di bawah satu pemunyaan atau, jika pihak pengurusan ditetapkan, orang yang menjaga pihak pengurusan itu, yang direka bentuk bagi pembekalan atau penggunaan tenaga, atau kedua-duanya, mengikut mana-mana yang berkenaan; termasuklah penggerak-penggerak utama, jika ada, berserta dengan semua loji, bangunan dan tanah yang perlu yang berkaitan dengannya, talian paip, talian bekalan dan radas penggunaan, jika ada.
‘Pepasangan Awam’ adalah pepasangan yang dikendalikan oleh pemegang lesen bagi membekalkan tenaga kepada mana-mana orang. ‘Pepasangan Persendirian’ adalah pepasangan yang dikendalikan oleh pemegang lesen atau pemunya semata-mata bagi membekalkan tenaga kepada dan penggunaannya di atas harta atau premis kepunyaan pemegang lesen atau pemunya itu sendiri, atau, dalam hal seorangpengguna, yang mengambil tenaga daripada pepasangan awam atau pihak berkuasa bekalan, bagi kegunaan hanya di atas harta atau premis kepunyaan pemegang lesen atau pemunya sahaja. ‘Pepasangan domestik’ adalah pepasangan di tempat kediaman persendirian yang bukan diguna pakai untuk mana-mana hotel atau rumah tumpangan atau bagi maksud menjalankan apa-apa perniagaan, perdagangan, profesion atau perkhidmatan.
(Penjelasan lanjut boleh hubungi pejabat-pejabat ST berhampiran)
PENDAFTARAN PEPASANGAN
2. S: Apakah peranan pemunya atau pengurusan bangunan berkaitan keperluan pendaftaran pepasangan elektrik?
J:
Adalah tanggungjawab pemunya atau pengurusan bangunan untuk mendaftar pepasangan elektrik di bawah tanggungjawabnya seperti kehendak Peraturan 3, Peraturan-Peraturan Elektrik 1990.
Kegagalan mereka mendaftarkan pepasangan mereka adalah satu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya sekali.
3. S: Di manakah pepasangan elektrik perlu didaftarkan?
J:
Permohonan pendaftaran pepasangan elektrik perlu dibuat di pejabat-pejabat ST Kawasan. Pejabat-pejabat ST Kawasan akan menerima dan memproses permohonan mengikut alamat pepasangan yang terletak di bawah kawasan masing-masing. Alamat pejabat-pejabat ST kawasan adalah seperti berikut:-
Pejabat ST Kawasan Negeri/ Kawasan di bawah
tanggungjawabnya
Pengarah
Suruhanjaya Tenaga
Tingkat 10A, Menara PKNS-PJ
No. 17, Jalan Yong Shook Lin
46050 Petaling Jaya
Selangor.
* Wilayah Persekutuan
(Kuala Lumpur & Putrajaya sahaja)
* Selangor
Pengarah
Suruhanjaya Tenaga
Suite 18A, Aras 18, Menara
Ansar, No. 65, Jalan Trus
80000 Johor Bharu
Johor.
# Johor
Pengarah
Suruhanjaya Tenaga
Tingkat 7, Kompleks Teruntum
Jalan Mahkota
25000 Kuantan
Pahang.
* Pahang
Pengarah
Suruhanjaya Tenaga
Tingkat 1, Bangunan KWSP
Jalan Green Town
30450 Ipoh
Perak.
o Perak
Pengarah
Suruhanjaya Tenaga
Tingkat 6, Bangunan KWSP
Jalan Padang Garong
15000 Kota Bharu
Kelantan.
* Kelantan
* Terengganu
Pengarah
Suruhanjaya Tenaga
Tingkat 10, Bangunan KWSP
13700 Seberang Jaya
Pulau Pinang.
* Kedah
* Pulau Pinang
* Perlis
Pengarah
Suruhanjaya Tenaga
Tingkat 7, Wisma BSN Sabah
Jalan Kemajuan, Karamunsing
68000 Kota Kinabalu
Sabah.
* Kudat
* Kota Kinabalu
* Beaufort
* Tuaran
* Tamparuli
* Ranau
* W. Persekutuan Labuan
Pengarah
Suruhanjaya Tenaga
Tingkat 3, Wisma Saban
KM 12, Jalan Labuk
W.D.T. No. 25
90500 Sandakan
Sabah.
* Sandakan
* Telupid
* Semporna
* Kunak
* Tawau
* Lahad Datu
# Beluran
Pengarah
Suruhanjaya Tenaga
Tingkat 4, Wisma Perkeso
Jalan Persekutuan,MITC
75450 Ayer Keroh, Melaka
* Melaka
* Negeri Sembilan
4. S:
Siapakah yang boleh dilantik untuk menguruskan pendaftaran pepasangan elektrik?
J: Pemunya atau pengurusan pepasangan boleh melantik juruperunding atau kontraktor elektrik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga yang mempunyai Perakuan Pendaftaran Sebagai Kontraktor Elektrik Kelas (A/B/C/D) untuk membuat permohonan pendaftaran bagi pihak mereka.
5. S: Apakah prosedur dan syarat untuk pendaftaran pepasangan elektrik?
J:
(a) Bagi pepasangan baru dibina atau lama yang ingin didaftarkan;
(i) Pemunya atau pengurusan pepasangan hendaklah mengemukakannya kepada ST:-
* Borang permohonan pendaftaran pepasangan [ST(KE)9] yang telah lengkap diisi. Borang ST(KE)9 ini boleh diperolehi terus sama ada dari pejabat ST Kawasan atau dimuat turun daripada laman web Suruhanjaya Tenaga di http://www.st.gov.my secara percuma.
* Borang A (permohonan bagi pendaftaran pepasangan) yang ditandatangani oleh pemunya atau pengurusan sendiri.
* Pelan, lukisan skematik dan spesifikasi seperti yang ditandatangani oleh orang-orang kompeten mengikut kadar had voltan/ampere pepasangan seperti berikut:-
(i) Pendawai 1 fasa – Voltan rendah 1 fasa sahaja
(ii) Pendawai 3 fasa – Voltan rendah hingga 60A
(iii) Penyelia Elektrik – Voltan rendah hingga 100A
(iv) Jurutera Elektrik – semua voltan rendah sahaja Kompeten tidak berdaftar
dengan LJM (Lembaga Jurutera Malaysia)
(v) Jurutera Elektrik – tiada had pepasangan Kompeten & Jurutera Perkhidmatan Elektrik
yang berdaftar dengan LJM
Borang G & H seperti di bawah:-
Borang G (Perakuan Penyeliaan dan Penyiapan) yang diisi oleh:
* Pendawai 1 fasa bagi kerja-kerja pendawaian dan penyeliaan 1 fasa
* Pendawai 3 fasa bagi kerja-kerja pendawaian dan penyeliaan 3 fasa, di mana pendawai-pendawai tersebut hendaklah bekerja sepenuh masa dengan kontraktor elektrik yang berdaftar
Borang H (Perakuan Ujian) yang diisi oleh:
* Pendawai 1 fasa atau 3 fasa yang diberi kuasa untuk menguji bagi kerja-kerja pendawaian dan pengujian 1 fasa
*
Pendawai 3 yang diberi kuasa untuk menguji kerja-kerja pendawaian dan pengujian 3 fasa
*
Jurutera Perkhidmatan Elektrik (JPE) yang bekerja sepenuh masa dengan kontraktor Perkhidmatan Elektrik bagi pepasangan voltan tinggi
(b) Bagi pepasangan yang telah berdaftar yang ingin diperbesarkan atau diubahsuai, pemunya atau pengurusan pepasangan tersebut dikehendaki memberi notis kepada pejabat ST Kawasan di mana pepasangan itu didaftarkan dan hendaklah mengemukakan pelan tambahan kepada Suruhanjaya Tenaga untuk pendaftaran.
(c) Setelah pepasangan elektrik itu diluluskan oleh Suruhanjaya Tenaga untuk didaftarkan, maka suatu Perakuan Pendaftaran Pepasangan dalam Borang B akan dikeluarkan kepada pemunya atau pengurusan pepasangan.
6.
S:
Apakah penalti yang dikenakan kepada mereka yang gagal mendaftarkan pepasangan mereka dan membuat pembaharuan ke atas pepasangan mereka?
J:
Mana-mana orang sama ada pemunya atau pengurusan bangunan yang gagal atau cuai untuk mendaftarkan pepasangan di bawah tanggungjawab mereka adalah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 37(8) Akta Bekalan Elektrik 1990 dan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM25,000.00 atau denda tambahan tidak melebihi RM1,000.00 bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
Kegagalan mana-mana pemunya atau pengurusan bangunan membuat pembaharuan dengan tidak membayar fi pepasangan adalah merupakan satu kesalahan di bawah Peraturan 122, Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 dan apabila disabitkan, mereka yang bertanggungjawab boleh didenda tidak melebihi RM5,000.00 atau di penjara selama tempoh tidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya. Adalah tanggungjawab pemunya atau pengurusan bangunan untuk mendaftar pepasangan elektrik di bawah tanggungjawabnya seperti kehendak Peraturan 3, Peraturan-Peraturan Elektrik 1990.
Kegagalan mereka mendaftarkan pepasangan mereka adalah satu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya sekali.
KADAR KAPASITI PEPASANGAN DAN FI DIKENAKAN
7.
S:
Apakah kadar kapasiti pepasangan yang perlu didaftarkan dengan Suruhanjaya Tenaga dan adakah sebarang fi dikenakan?
J:
Semua pepasangan [xx] perlu didaftar dan fi adalah mengikut keupayaan pepasangan tersebut. Mengikut kehendak Peraturan 4, fi yang perlu dibayar bagi pengeluaran Perakuan Pendaftaran Pepasangan seperti berikut:-
* ertinya tahap maksimum kuasa elektrik sesuatu pepasangan boleh diguna, dikerja atau dikendalikan dalam sesuatu tempoh tanpa mengakibatkan kerosakan pada mana-mana bahagian pepasangan itu. Walau bagaimanapun, untuk sistem penghantaran atau sistem pengagihan, keupayaan pepasangan itu adalah pada tahap kuasa elektrik yang maksimum, yang sistem itu dijangka atau dikehendaki untuk membekal dalam sesuatu tempoh, mengikut mana satu yang lebih tinggi.
[xx] (i) janakuasa tunggu sedia yang dipasang bagi maksud membekal tenaga sekiranya bekalan daripada pemegang lesen terputus bekalannya;
(ii) yang menerima tenaga daripada pemegang lesen pada voltan 11,000 volt atau lebih.
8.
S:
Adakah Suruhanjaya Tenaga akan membuat pemeriksaan ke atas pepasangan sebelum ia lulus untuk didaftarkan?
J:
Suruhanjaya Tenaga boleh melakukan pemeriksaan dan ujian pepasangan setelah menerima Borang A yang dihantar bersama-sama borang permohonan oleh pemohon.
Untuk itu, notis pemeriksaan permulaan (Borang D) dan susulan (Borang E) akan diberikan secara bertulis kepada pemunya atau pengurusan pepasangan terlebih dahulu sebelum hari pemeriksaan dibuat. Pemunya atau pengurusan pepasangan setelah menerima notis berkenaan hendaklah membuat persediaan bagi pemeriksaan dibuat dan hadir pada masa pemeriksaan dan ujian itu.
Suatu fi bagi pemeriksaan dan ujian pepasangan dikenakan pada kadar yang ditetapkan dalam Peraturan 6 seperti di bawah:-
PEMBATALAN PERAKUAN PENDAFTARAN PEPASANGAN
9.
S:
Apakah keadaan yang boleh menyebabkan pendaftaran pepasangan yang telah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga dibatalkan?
J:
Suruhanjaya Tenaga boleh membatalkan Perakuan Pendaftaran pepasangan yang dikeluarkan kepada pemunya atau pengurusan pepasangan jika:-
* pepasangan itu tidak lagi dikehendaki untuk digunakan;
* pepasangan itu didapati tak selamat untuk digunakan;
*
orang yang padanya Perakuan itu dikeluarkan menggunakannya bagi tujuan yang berlainan dengan tujuan Perakuan itu dikeluarkan; atau
*
orang itu telah melanggar atau tidak mematuhi mana-mana peruntukan Akta atau Peraturan-Peraturan ini.
10.
S:
Siapakah yang boleh mengendalikan sesuatu pepasangan elektrik?
J:
Pemunya atau pengurusan pepasangan pada kadaran 100A dan ke atas hendaklah melantik orang kompeten untuk mengerja, mengendali atau mengawal apa-apa kerja ke atas pepasangan mereka. Bilangan dan sekatan skop kerja orang kompeten yang perlu dilantik hendaklah disyorkan oleh mana-mana orang kompeten seperti berikut:-
(a) Bagi pepasangan dikendali pada voltan yang tidak melebihi 600 V:
* seorang Jurutera Perkhidmatan Elektrik;
* seorang Jurutera Elektrik Kompeten;
* seorang Penyelia Elektrik; atau
* seorang Jurutera Elektrik Kompeten residen.
(b) Bagi pepasangan dikendalikan pada voltan melebihi 600 V tetapi tidak melebihi 132 kV:
* seorang Jurutera Perkhidmatan Elektrik;
* seorang Jurutera Elektrik Kompeten; atau
* seorang Jurutera Perkhidmatan residen.
(c) Bagi pepasangan dikendalikan pada voltan melebihi 132 kV, seorang Jurutera Elektrik Kompeten residen.
Kategori kekompetenan dan sekatan skop kerja orang kompeten bagi Penjaga Jentera adalah seperti berikut:-
11.
S:
Adakah orang kompeten yang mengerjakan dan mengendalikan pepasangan elektrik perlu mendaftar Perakuan Kekompetenannya dengan Suruhanjaya Tenaga?
J:
Ya, seseorang yang memegang Perakuan Kekompetenan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga hendaklah mendaftarkan diri dengan Suruhanjaya seperti kehendak Peraturan 63(1) Peraturan-Peraturan Elektrik 1994.
Fi pendaftaran Perakuan Kekompetenan adalah sah bagi tempoh tidak kurang 1 tahun dan tidak lebih dari 5 tahun dengan bayaran fi seperti ditetapkan di bawah:-
LAWATAN PEMERIKSAAN KE ATAS PEPASANGAN ELEKTRIK
12.
S:
Siapakah orang-orang kompeten yang boleh melawat pepasangan untuk pemeriksaan tetap?
J:
Bagi pepasangan dikendalikan pada voltan rendah:-
* Jurutera Perkhidmatan Elektrik (JPE);
* Jurutera Elektrik Kompeten (JEK); atau
* Penyelia Elektrik (PE).
Bagi pepasangan dikendalikan pada voltan tinggi:-
* Jurutera Perkhidmatan Elektrik(JPE); atau
* Jurutera Elektrik Kompeten (JEK).
13.
S:
Berapakah kekerapan lawatan oleh orang kompeten ke atas pepasangan di bawah tanggungjawabnya?
J:
PENYENGGARAAN / PENYELENGGARAAN PEPASANGAN
14.
S:
Siapakah yang boleh dilantik untuk melaksanakan atau menjalankan kerja-kerja penyenggaraan dan pembaikan, baik pulih, servis penentukuran, ujian pada pepasangan dan pengesanan kerosakan kabel di pepasangan itu?
J:
Seperti Peraturan 111, Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 menghendaki orang kompeten atau yang bertindak di bawah kawalan orang kompeten untuk menjalankan apa-apa kerja pembaikan, penggantian, penservisan atau pembersihan ke atas mana-mana kelengkapan yang menjadi sebahagian daripada pepasangan.
Oleh yang demikian, untuk melaksanakan tugasan kerja seperti soalan di atas, ia hendaklah dilaksanakan oleh Jurutera Perkhidmatan Elektrik (JPE) yang bekerja sepenuh masa dengan Kontraktor Perkhidmatan Elektrik yang memegang Perakuan Pendaftaran yang sah seperti mana dalam Borang P.
15. S:
Apakah tempoh penyenggaraan / penyelenggaraan perlu dilaksanakan ke atas pepasangan elektrik?
J:
Seperti kehendak Peraturan 110(3), Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 menyatakan selain daripada pepasangan domestik, sesuatu pepasangan hendaklah diperiksa dan diuji oleh orang kompeten sekurang-kurangnya sekali setiap lima tahun, atau pada bila-bila masa yang diarahkan oleh Suruhanjaya.
16.
S:
Berapa kerapkah pengujian dan penentukuran perlu dibuat ke atas mana-mana geganti dan peranti pelindung sesuatu pepasangan?
J:
Seperti kehendak Peraturan 110(4), Peraturan-Peraturan Elektrik 1994, ia hendaklah diperiksa, diuji dan ditentukur oleh orang kompeten sekurang-kurangnya sekali setiap dua tahun, atau pada bila-bila masa yang diarahkan oleh Suruhanjaya.
April 12, 2009 pada 7:48 am
pengiraan arus
1kw =1.64amp
Ogos 3, 2009 pada 8:24 pm
AKUM JIB,KO ADA KAT MANA SKANG?KO PKAI NO PHONE MANE SKANG JIB?BG AKU NO KO?
Ogos 4, 2009 pada 10:35 am
aku still pakai no lame….no mu aku doh ilang la….seme no kawan ilang sebab simkad aku rosak…aku buat sim kad baru dah…tp still no lame….yang 012 ….5513 tu…aku ok sihat alhamdulillah…tengah penig byk dapt twran keje mgejut…aku baru dapt twarn keje ngan kontraktor letrik kat kuantan ni…gaji pun okla….pastu bln 11 br jd casmeng kat hospital..sebb hospital tu bln 11 br ade incoming masuk…skang ni keje kat syarikat consultant I.T lg….kalu jd minggu depan 10/08/09 aku joint kontraktor….cr pengalaman skit….
Ogos 4, 2009 pada 12:21 pm
wei kengkawan ko kat ne wei
Ogos 4, 2009 pada 12:26 pm
wei jib ko xde keje kosong lg ke..
Ogos 4, 2009 pada 12:55 pm
wahai sahabat ku..tak buat perjmpaan ke…cari tempat yang best..pastu kite jumpe le kat sane..bebudak bmi ape cite…aku dgar beudak kite ramai yang ambik a4…tahniah..
Ogos 4, 2009 pada 1:13 pm
aku pun t.pk gak nk wat reunion….tgkla ade mase nnti kite kumpul ramai2 balik….nampakny tpakse wat kat s.p jugak rsnye….sebb masalah ngan cik2 kite la….kalu wat jauh…kite kn sponser la tempat tido diorg…em…tul x? xpun kite bincang la dulu nnti..mn tau kot ade kwan2 yg keje kat hotel@ challet ke…bleh sponser lebih kurang….
Ogos 4, 2009 pada 1:15 pm
keje ksong ade tp yg sementare jea…jwatn kontrak…xde yg permenant…tnb ade kuar..siap wat iklan kat s.kabo agi….try la apply..
Ogos 4, 2009 pada 1:22 pm
aku dah apply dah…ko camne sihat ke…bile nak kawin
Ogos 4, 2009 pada 1:23 pm
xyah jemput cik kot kite buat sesame kite je….saje nak jumpe2..
Ogos 17, 2009 pada 3:53 pm
alo geng…reunion tu…ok gak kalu nak wat….tp kn bincang la n plan awl2 nk wat kat ner….aku ok jea….kalu ade cadangan bgtau la….tmpat2 yg strategik n kos skit….jimat2 skit….he
Ogos 15, 2009 pada 9:40 pm
Penjelasan tentang ELCB mmang bagus untuk saya membuat rujukan tentang pemasangan elektrik.
Ogos 17, 2009 pada 4:02 pm
salam kengkawan….untuk pegetahujan korng…blog ni kal lupe alamatnye just taip chargeman iksp kat yahoo search@ google…jumpe la nanti…
September 2, 2009 pada 10:50 pm
hahahhaha..^^
tulla Jib, bnyak komen Kito ja anta..yg lain dok nganga..~!
Oktober 3, 2009 pada 11:53 am
aku dah tengok beb,gempak gile.tapi kite kene saba.itu lumrah dalam kehidupan elektrik……
Oktober 3, 2009 pada 12:01 pm
lupe lak,SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN DARI AKU AZHAR@ KITO,SEMOGA KORANG DIPANJANGKAN UMUR DAH DIMURAHKAN REZEKI…..yang penting korang dengar lagu anak kecil….aku sampai menitis air mata beb…tak pernah aku menitis air mata bile dgr lagu…yng nyanyi pula semua otai2..semoga kite dibukakan hati..utk terus brjuang bagi menjaga anak bangsa kita…HIDUP MELAYU DINUSANTARA…alhamdulillah,sekarang pun aku dah bekerja di tempat sepatutnye..demi membantu anak melayu sekarang……
Oktober 12, 2009 pada 8:21 pm
bagus forum ni..
nak tanya sikit tugas2 chargeman ni…aku chargeman kat airport
asyik kena buat macam2…kalau ada skop kerja chargeman ada backup nak lawan
Oktober 13, 2009 pada 9:15 am
salam en meor…..kalu nak diikutkan skop yg ditetapkan oleh SPA…oleh kerajaan Malaysia bginilah bunyinye….
Membaiki sebarang kerosakan elektrik dan memulihkan perkakas suis voltan rendah serta membuat ujian elektrik pada setiap masa serta menyelenggara dan memeriksa semua pendawaian, suis, ‘starter panel and control panel’ serta motor elektrik dan lain-lain yang berkenaan
Kalu ikut buku akta suruhanjaya tenaga….tugas chargeman ialah..menjaga segala pepasangan elektrik supaya selamat dan bahaya dari pengguna…kalu nak detail..rujuk buku akta ST
November 4, 2009 pada 1:00 am
sekqum??apakah peraturan iee yang dikenakan bagi pemasangan dan pendawaian motor seperti pemasangan rel gelangsar dan penjajaran
Januari 20, 2010 pada 4:37 pm
aku nak tanya sikit……….mengapa RCCB tidak digunakan sebagai pelindung untuk litar motor…..
soalan ni aku kena oral chargeman tahun lps….minta pandangan kawan2 semua bg pendapat sikit
Februari 19, 2010 pada 12:24 pm
sape kate kat motor xde rccb..ade la…panel tu saje nak uji ko je faizal…setiap sistem elektrik mesti ade rccd atau elcb atau rccb atau sewaktu dengan nye..kerana semua alat perlindungan..setiap keperluan bergantung kepada beban atau load yang kite gunakan…kite perlu ingat rrcd atau alat perlindungan yang lain digunakan untuk memutuskan bekalan jika berlaku lebiahan arus pada setiap fasa…dimana didalam rccd terdapat 4 gelung..temasuk gelung pemutus…sekiranya terdapat arus yang tidak stabil didalam salah satu gelung..arus tersebut akan mengalir terus ke gelung pemutus…arus yang mengalir ke gelung pemutus tu yang dipanggil arus baki atau arus lebih.. terus mengalir ke gelung pemutus dan akan menarik pelantik pada rccb atau rccd…
Februari 19, 2010 pada 12:32 pm
kepada semua rakan2 chargeman dari seluruh malaysia….aku ade satu bisnes parttime yang boleh mendatangkan pendapatan yang mungkin tak disangka2…sesiapa yang ingin menggunakan penapis air bio aura boleh call atau mesej aku di no ini 0196077237 atau 064369578 (azhar)..aku dah ikut hai o ini lebih kurang 3 bulan ke 4 bulan…alhamdulillah pendapatan aku sekarang lebih dari gaji chargeman aku…insyaallah bulan depan kuar toyota caldina kot…sesape yang nak join boleh call aku atau mesej je…terbuka kepada semua kakitangan kerajaan atau swasta…bersama2 kite menaikkan taraf hidup kaum bumiputera….kerana hai o ini telah melahirkan lebih dari 300 orang jutawan melayu..yang setanding dengan oarng terkaya malaysia sekarang….
Mac 18, 2010 pada 3:39 pm
Hi semua chargeman,
Syarikat tempat saya bekerja sedang mencari calon untuk jawatan Chargeman. Kilang kami terletak di Simpang Pulai, Ipoh. So kalau ada kawan-kawan yang masih mencari kerja atau anda sendiri yang ingin bertukar angin, bolehlah contact saya di :-
su@masif.com.my
Tel No : 05-3121888
Gaji ikut pengalaman dan tahap sijil.
Terima Kasih
Julai 24, 2010 pada 2:22 pm
Dapatkan
bahan rujukan anda dari pelbagai sumber, termasuk ABB, Schneider
Electric, Danfoss, siemens, AutoCAD tentang pelbagai isu, Kuasa
Bekalan, Automasi dan PLC, Telekomunikasi, Protection, Low Voltage
1kv, Motor Control, Power Distribution, Relay,
…Heating System, 2D dan 3D, Kejuruteraan Elektrik,… Elektrik mesin,
Rekabentuk Elektrik, Rekabentuk Transformer, Harmonics witd AC dan
pelbagai lagi, hanya terdapat di Chargebook
http://www.chargeman.spruz.com/
Jom join Kelab Chargeman Malaysia! Daftar di web di atas!
Julai 31, 2010 pada 11:08 pm
hai semua sy dari ikm jb chargeman A1..p bru sem 4…pape hal g twu la tkt t kuar x de kje…
Ogos 1, 2010 pada 1:11 pm
ooo…susah jugak nak dapat kan persijalan kompeten nie..kan kan
tapi susah lgi nak dapat kan kerja nie kadang2 tu pemunya dan st tlh pun bermuazakarah dah awal2 lgi dah main kayu 3???jdi macm ne nak cri makan?fikir fikir lah dunia hari ini…
Ogos 5, 2010 pada 2:10 pm
salam seperjuangan saya dr generasi ke 4 pje ikmsp..salam perkenalan
Ogos 29, 2010 pada 12:03 am
saya ada satu kemushkilan. Rumah saya gunakan RCCB 30mA tetapi terlalu mudah terpelantik apabila terjadi sedikit kilat. Seorang kontraktor telah menukar kpd jenis RCCB 300mA. Saya dapat tahu jenis ini tidak dibenarkan oleh suruhanjaya tenaga mengikut peraturan elektrik 1994.
Kenapa RCCB 300mA tidak dibenarkan oleh Suruhanjaya Tenaga untuk kegunaan rumah kediaman?Boleh sesiapa bagi jawapan.
Disember 30, 2011 pada 8:56 am
Pemutus Litar Bocor Ke bumi (PLBK) ialah sejenis alat perlindungan yang boleh melindungi pengguna daripada renjatan elektrik jika berlaku kebocoran arus pada kelengkapan pengguna. Alat ini bertindak memutuskan bekalan dengan serta merta apabila kebocoran arus dikesan berlaku. Terdapat dua jenis PLBK iaitu PLBK Kendalian Voltan dan Kendalian Arus. Bagaimana pun PLBK kendalian voltan kurang berkesan berbanding dengan PLBK Kendalian Arus.
ibubapa.jpgibuapi2.jpg
PLBK Kendalian Voltan
Berdasarkan kes-kes kemalangan elektrik yang disiasat, terutamanya yang melibatkanpepasangan domestik, kegagalan PLBK berfungsi dengan berkesan menjadi puncautama yang menyumbang kepada kes yang mengakibatkan maut. Oleh yang demikian penggunaan PLBK kendalian voltan hendaklah dihentikan serta merta dan hanyaPLBK jenis kendalian arus sahaja yang boleh digunakan. PLBK jenis kendalian arus juga dikenali dengan Peranti Arus Baki (PAB). Selain daripada itu terdapat nama-nama lain yang mempunyai fungsi yang lebih kurang sama dengan PAB.
Sebarangan penggantian atau pemasangan PAB hendaklah dilakukan olehkontraktor elektrik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga denganmenggunakan PAB yang mempunyai label SIRIM sahaja. Pastikan kontraktor elektrik tersebut menunjukkan perakuan pendaftarannya sebelum memulakan kerja.
untitled.jpg
Bila berlaku arus bocor, arus ini akan dibumikan melalui dawai pembumian. Dawai pembumian iniditamatkan di kotak bumi. PAB dengan kadar epekaan 100mA lazimnya dipasang di kotak agihan. Bagaimana pun untuk menggunakan kelengkapan mudah alih yang dikendalikan engan tangan, PAB tambahan pada kadar kepekaan 30 mA perlu dipasang terlebih dahulu pada palam kuasa yang hendakdigunakan. Bagi kelengkapan elektrik yang digunakan di tempat permainan kanak-kanak atau kawasan yang berair seperti bilik mandi, kolam renang dan kolam airpancutan, kadar kepekaan PAB yang mesti digunakan ialah 10mA. Kadaran-kadaranini adalah selaras dengan kehendak Peraturan-peraturan Elektrik 1994. PAB ini juga perlu diuji sekurang-kurangnya sebulan sekali bagi memastikan ia berfungsi denganbaik. Secara ringkasnya kadar PAB adalah seperti dibawah;
Jenis Peralatan Kadar maksimum PAB
PAB perlu dipasang di kotak agihan samada pepasangan satu fasa atau tiga fasa. Penyambungan hendaklah dibuat bagi mana-mana litar akhir, samaada secara individu atau dalam kumpulan. 100mA
Kelengkapan, radas atau perkakas yang dipegang dengan tangan (peralatan mudah alih) seperti mesin basuh, peti sejuk, penebuk lubang elektrik, perlu adaPAB yang kedua. Oleh yang demikian soket alurkeluar perlu dipasang dengan PAB dan pemasangannya boleh dibuat di kotak agihan.Walaubagaimanapun PAB jenis mudah alih(portable RCD) juga boleh digunapakai.
30mA
Pepasangan di tempat hiburan awam seperti kawasan yang terdapat permainan kanak-kanak
seperti kiddy ride, mesin video dll perlu dipasang PAB. 10mA
Kelengkapan elektrik seperti pemanas air elektrik yang dipasang ditempat yang lantainya berkemungkinan akan basah atau jika dinding ataukepungan berintangan elektrik yang rendah seperti bilik air perlu ada PAB yang kedua. 10mA
Walaubagaimana pun PAB ini tidak dapat melindungi daripada voltan yang tinggi disebabkan kilat. Satu alat lain diperlukan untuk mendapat perlindungan daripada kilat.Pengguna-pengguna juga perlu mengambil langkah-langkah yang selamat dalam menangani isu pendawaian elektrik.
Bagaimana Sistem Perlindungan Bumi Berfungsi?
Setiap litar akhir akan dilengkapi dengan tiga terminal yang disambung pada kelengkapan, teminal hidup, neutral dan bumi. Konduktor bumi disambung dariterminal bumi ini ke kotak bumi. Apabila berlaku kebocoran arus pada kelengkapan,arus ini akan mengalir ke jisim bumi melalui konduktor bumi. Kebocoran arus ini akan dapat dikesan oleh PAB. PAB dengan serta merta memutuskan bekalan supayaianya tidak mendatangkan bahaya kepada manusia. Oleh yang demikian konduktorbumi dari kotak bumi ini perlu disambungkan ke soket alir keluar dan seterusnya ke semua kelengkapan elektrik yang mempunyai bahagian logam yang terdedah.
Apakah Kotak Bumi ?
kotak.jpgKotak bumi (earth chamber) adalah dimana satu elektrod bumi (panjangnya lebih kurang 1 meter) ditanam kedalambumi. Semua dawai bumi (konduktor bumi) disambungkankepadanya. Sambungan ke bumi ini adalah untuk menghadkan
voltan / arus yang terjadi disebabkan kerosakan tersebut ke takat yang selamat sehingga fius terbakar atau Pemutus LitarKecil (PLK) atau PAB terpelantik. Perlindungan ini tidak dapat mengelakkan seseorang terkena regambar.jpgnjatan elektrik, tetapi ciri-ciri masa danarusnya dapat memastikan renjatan itu tidak membunuh. Adalah amat dikehendakisupaya rintangan wayar bumi serendah yang mungkin bagi memudahkan arusmengalir kebumi bila berlaku kerosakan. Sistem perlindungan bumi yang rosak atau badan peralatan elektrik tidak disambungkan ke wayar bumi akan mengakibatkan PAB tidakterpelantik jika berlaku arus rosak kebumi. Pastikan kotak bumi dirumah anda sentiasa tertutup dan tidak terdedah. Pastikan juga ianya tidak disimenkan terutama semasapengubahsuaian rumah atau sebagainya.
Adakah semua kelengkapan elektrik perlu disambung ke wayar bumi?
Kelengkapan elektrik yang disambung ke wayar bumi adalah juga dipanggil kelengkapan Kelas 1. Semua kelengkapan elektrik yang mempunyai badan berlogamadalah perlu disambung ke wayar bumi dan menggunakan palam tiga pin.Kelengkapan elektrik yang tidak disambung ke wayar bumi dipanggil kelengkapan Kelas 2. Semua kelengkapan elektrik yang tidak mempunyai badan berlogam tidakperlu membuat sambungan wayar ke bumi dan boleh menggunakan palam dua pin.Walaubagaimanapun kelengkapan tersebut direkabentuk supaya mempunyai dua sistem penebat agar kemungkinan untuk mendapat renjatan elektrik dapat dielakkan.Adalah menjadi asas dalam keselamatan elektrik bahawa setiap kerosakan yangterjadi tidak mendatangkan keadaan yang membahayakan. Adalah sangat penting setiap kelengkapan elektrik memenuhi kehendak-kehendak standard keselamatanyang ditetapkan bagi mengelakkan keadaan yang tidak selamat. Setiap kelengkapanyang diluluskan oleh Suruhanjaya Tenaga adalah diuji untuk memenuhi keperluanstandard-standard keselamatan yang telah ditetapkan.
Apakah Kotak Agihan ?
agih.jpg
Ia juga dikenali sebagai kotak fius dan ianya terletak di antara meter elektrik TNB dan semua litar elektrik didalam rumah. Ia menempatkan Suis Utama, PLBK/PAB, Pemutus Litar Kecil (PLK) / Fius, terminal hidup, neutral dan bumi.Pada sistem pendawaian sekarang fius tidak lagi digunakan dan diganti dengan PLK (Miniature Circuit Breaker-MCB) yang berfungsi lebih kurang sama seperti fius. Disamping itu juga terdapat satu lagi alat perlindungan iaitu dipanggil Pemutus Litar Bocor keBumi (PLBK) atau juga dikenali sebagai Pemutus Arus Baki (PAB).
Apakah Pemutus Litar Kecil – PLK (MCB) ?
plk.jpg
Fungsi PLK ini sama seperti fius iaitu memberi perlindungan kepada sistem pendawaian litar elektrik daripada arus lampau disebabkan beban lampau atau litar pintas. Jika sekiranya kadar arus melebihi kadaran PLK tersebut maka PLK akan terpelantik dan perlu di set kan semula supaya litar dapat disambungkan semula. Ini adalah salah satu kebaikan PLKberbanding dengan fius kerana ia boleh digunakan berulang kali.
Apakah perbezaan di antara Pemutus Litar Kecil dan PLBK ?
PLK memberi perlindungan daripada arus / beban lampau dan litar pintas. Ianya lebih kepada memberi perlindungan kepada peralatan elektrik dan sistem pendawaian itusendiri. PLBK pula memberi perlindungan kepada manusia daripada kejutan elektrikakibat daripada arus bocor.
Apakah dia Pemutus Litar Bocor Kebumi – PLBK (Earth LeakageCircuit Breakers – ELCBs)?
Ia dikategorikan kepada dua iaitu PLBK kendalian voltan dan PLBK kendalian arus.PLBK kendalian voltan mula diperkenalkan lebih kurang 60 tahun dahulu sementara PLBK kendalian arus pula lebih kurang 40 tahun (diperkenalkan pada tahun 50’an)dahulu.
Bagaimana Pemutus Litar Bocor Kebumi Kendalian Voltan berfungsi ?
Arus lalu melalui PLBK. PLBK pula mengandungi gelung geganti yang mana ianyadisambung ke badan beban berlogam (contoh badan pada cerek air) pada satu hujung dan disambung kepada dawai bumi pada hujung yang satu lagi. Jika berlaku kenaikanvoltan pada badan beban yang mana menyebabkan terdapat perbezaan voltan pada bumi dan badan beban, bahaya kejutan elektrik akan berlaku. Perbezaan voltan inimenghasilkan arus elektrik dari badan beban berlogam melalui gelung geganti danterus ke bumi. Apabila voltan pada badan beban berlogam itu meningkat ke paras
yang bahaya iaitu melebihi 50Volt, arus yang mengalir melalui gelung geganti mampu untuk mengerakkan sesentuh geganti dengan memutuskan arus bekalan bagi menyelamatkan daripada bahaya kejutan elektrik.
Bagaimana Pemutus Litar Bocor Kebumi Kendalian Arus berfungsi ?
Arus lalu melalui PLBK. Arus ini dilalukan ke alatubah arus (alat berbentuk doughnut) dan terus kepada beban. Arus daripada beban pula dilalukan sekali lagi ke alatubah. Pada keadaan biasa jumlah arus yang dibekalkan ke beban adalah sama dengan jumlah arus yang keluar dari beban. Oleh kerana terdapat perseimbangan terhadap arus yang masuk dan keluar, ianya tidak mendatangkan kesan kepada alatubah arus. Jika sekiranya terdapat arus bocor ke bumi, disebabkan oleh kerosakkan ke bumi, maka arus masuk dan arus yang keluar tidak akan seimbang lagi. Ketidak seimbangan ini akan menjana arus dan jika arusnya melebihi kadar yang ditetapkan, PLBK tersebut akan terpelantik dan memutus bekalan.
Jika sekiranya terdapat arus bocor ke bumi, PLBK kendalian voltan hanya akan terpelantik apabila arus yang melalui gelung geganti cukup untuk mengerakkan sesentuh geganti untuk memutuskan bekalan. Jika tidak arus bocor tersebut akan terus mengalir ke bumi. Tahap perlindungan dari kejutan elektrik yang diberi oleh PLBK kendalian voltan adalah tidak berapa sensitif. Satu lagi keburukannya ialah ia mempunyai kecederungan untuk terpelantik dari arus bumi yang disebabkan dari pepasangan lain. Manakala PLBK kendalian arus akan terpelantik jika arus masuk dan keluar adalah tidak seimbang. PLBK kendalian arus adalah lebih sensitif terhadap arus bocor kebumi.
PLBK kendalian voltan telah dimansuhkan penggunaannya di Malaysia sejak
1994 lagi. Merujuk kepada Peraturan Pendawaian Institute of Electrical Engineers penggunaannya juga diharamkan sejak 1985 (Peraturan IEE 15). Kesemua PLBK kendalian voltan perlu ditukar ke PLBK kendalian arus secepat mungkin bagi tujuan keselamatan.
Apakah dia Peranti Arus Baki – PAB (Residual Current Device-RCD)?
Kebiasaannya kedua-dua alat tersebut dipanggil PLBK oleh kerana mempunyai fungsi yang sama. Walaubagaimanapun dalam penggunaan dan pemakaian standard keselamatan, PLBK kendalian arus dipanggil Peranti Arus Baki (RCD – Residual Current Device) bagi memudahkan membuat perbandingan.Perlu ditekankan disini bahawa PAB tidak akan dapat menyelamatkan seseorang dari terkena renjatan disebabkan sentuhan secara langsung. Oleh yang demikian adalah dinasihatkan supaya tidak membaiki atau membuka mana-mana sistem pendawaian atau kelengkapan elektrik. Pastikan ianya dilakukan oleh mereka yang ditauliahkan oleh Suruhanjaya Tenaga. PAB direkabentuk untuk membantu mengelakkan renjatan elektrik disebabkan oleh sentuhan tidak langsung seperti tersentuh badan cerek berlogam yang menjadi hidup disebabkan arus bocor kebumi.
Apakah jenis PAB?
Jenis perlindungan yang diberi oleh PAB dibahagi kepada dua dan dilabelkan seperti berikut;
simbol1.jpgsimbol2.jpg
ο Jenis AC Hanya digunakan bagi perlindungan daripada arus bocor ke bumi bagi arus ulang-alik
ο Jenis A Hanya digunakan bagi perlindungan daripada arus bocor ke bumi bagi arus ulang-alik dan arus terus (pulsating DC (rectified AC))
ο Jenis B Hanya digunakan bagi perlindungan daripada arus bocor ke bumi bagi arus terus (pure DC earth fault currents) yang mana kebiasaannya dihadkan kepada kegunaan khas (e.g. rectified three phase suplies).
Apakah Kadaran PAB?
Kadaran ini adalah had arus yang bocor ke bumi yang mana jika sekiranya arus bocor tersebut melebihi had kadaran tersebut maka PAB akan terpelantik dan memutuskan bekalan. Mengikut Peraturan Elektrik 1994, kadaran PAB adalah ditentukan seperti dibawah;
Peraturan 36
(1) Bagi suatu pepasangan di tempat hiburan awam, perlindungan terhadap arus kebocoran bumi hendaklah dibuat bagi mana-mana litar akhir yang membekalkan tenaga kepada sesuatu kelengkapan yang dimaksudkan untuk mengadakan perkhidmatan kepada orang awam atau yang dimaksudkan boleh diakses, digunakan atau dikendalikan oleh orang ramai dengan menggunakan peranti arus baki yang mempunyai arus kendalian baki terkadar tidak melebihi 10 miliampere;
(2) Bagi sesuatu pepasangan di tempat yang lantainya berkemungkinan akan basah atau jika dinding atau kepungan berintangan elektrik yang rendah, perlindungan terhadap arus kebocoran bumi hendaklah dibuat pada mana-rnana litar akhir yang membekalkan tenaga kepada mana-mana kelengkapan, sama ada secara berasingan, atau dalam kumpulan, dengan peranti arus baki yang mempunyai arus kendalian baki terkadar tidak melebihi 10 miliampere.
(3) Bagi sesuatu pepasangan jika kelengkapan, radas atau perkakas yang dipegang dengan tangan digunakan atau berkemungkinan digunakan, perlindungan terhadap arus kebocoran bumi hendaklah dibuat pada mana-mana litar akhir, sama ada secara berasingan atau dalam kumpulan, dengan peranti arus baki yang mempunyai arus kendalian baki terkadar tidak melebihi 30 miliampere.
(4) Bagi sesuatu pepasangan, selain daripada pepasangan yang disebut dalam subperaturan (1), (2) dan (3), pertindungan terhadap arus kebocoran bumi hendaklah dibuat bagi mana-mana litar akhir, sama ada secara individu atau dalam kumpulan, dengan peranti arus baki yang mempunyai arus kendalian baki terkadar tidak melebihi 100 miliampere melainkan;
(a) atas sebab-sebab fungsi, adalah tidak praktik untuk mengadakan perlindungan itu; atau
(b) adalah tidak selamat atau berbahaya untuk mengadakan perlindungan itu.
Adakah PAB dapat mengelakkan seseorang terkena renjatan elektrik ?
Ada banyak faktor yang menentukan seseorang itu selamat daripada kejutan elektrik dan antara faktor itu ialah tempoh masa terkena kejutan serta arus elektrik yangmengalir. PAB direkabentuk untuk terpelantik bagi memutuskan bekalan apabila iamencapai kadar yang telah ditetapkan. Ianya tidak boleh dijamin dapat menyelamatkan diri daripada kejutan elektrik dan oleh yang demikian lain-lain sistemperlindungan elektrik yang terdapat didalam sistem pendawaian elektrik juga perlu diberi perhatian. Walaubagaimanapun PAB dapat membantu bagi memastikan kejutan elektrik itu suatu pengalaman yang menyakitkan dan tidak membawa kepada kematian.
Peralatan yang memberi perlindungan elektrik yang terdapat dalam sistempendawaian elektrik ialah PLK, PAB, fius yang terdapat didalam palam tiga pin dandawai bumi. PAB adalah sesuai untuk melindungi daripada terkena renjatan elektrik.
untitled.jpgPerlukan PAB diuji ?
Pada PAB terdapat butang yang digunakan untuk memastikan sistem pelantik itu berfungsi dengan baik.Pengujian sebulan sekali adalah digalakkan.
Ujian ini bagi memastikan alat mekanikal yang terdapat didalam PAB tidak tersangkut, terlekat atau rosak yangmana boleh menghalangnya daripada memutuskan bekalanjika berlaku arus bocor kebumi.
Apakah yang patut dilakukan jika PAB terpelantik ?
Jika PAB terpelantik ada dua cara boleh dilakukan;
1.0 Jika PAB di ‘on’ kan dan PAB masih terpelantik, maka kemungkinan terdapat kelengkapan elektrik yang sedang ‘on’ dan telah rosak yang mana terdapat arus bocor ke bumi yang berterusan. Oleh yang demikian ‘off’ kan semuakelengkapan elektrik termasuk lampu dan sebagainya. ‘On’ kan PAB semula dan‘on’ kan kelengkapan elektrik satu persatu sehingga PAB terpelantik sekali lagi.Asingkan kelengkapan tersebut. Jika keadaan yang sama berlaku walaupun kelengkapan tersebut diasingkan, sila hubungi pendawai elektrik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga untuk membaiki kerosakan tersebut.
2.0 Jika PAB di ‘on’ kan dan PAB masih terpelantik walaupun selepas semua kelengkapan elektrik di ‘off’ kan, maka kemungkinan terdapat ketidak seimbangan yang berterusan di antara arus yang masuk (hidup) dan keluar (neutral) didalam litar tersebut. Keseluruhannya sistem pendawaian perlu diperiksa. Sila hubungi pendawai elektrik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga untuk membaiki kerosakan tersebut.
Bagaimana melindungi kelengkapan elektrik daripada musnah disebabkan kilat ?
Kilat menyebabkan satu keadaan dimana tenaga elektrik yang tinggi terjana dalammasa yang sangat singkat. Ia boleh merosakkan kelengkapan yang mempunyai komponen elektronik. PAB tidak memberi perlindungan kepada voltan yang tinggidisebabkan kilat. Sistem perlindungan kilat perlu dipasang bagi menyekat tenaga yangterhasil daripada masuk ke dalam sistem pendawaian elektrik di rumah.
Apakah langkah keselamatan dan perlindungan yang perlu diambil ?
o Kelengkapan elektrik yang berlogam perlu menggunakan palam tiga pin.
palam1.jpg
o Jangan menggunakan kelengkapan elektrik dengan tangan yang basah.
o Pastikan membaca buku panduan yang disediakan apabila membeli kelengkapan elektrik.
o Pastikan sistem pendawaian elektrik tidak disambong / ubah tanpa dilakukan oleh pendawai yang diluluskan oleh Suruhanjaya Tenaga. o ‘Off’ kan kelengkapan yang tidak digunakan.
Nama-nama lain yang berkaitan
rccb1.jpgrccb2.jpg
Pemutus Litar Arus Baki (RCCB – Residual Current Circuit Breaker). Ini adalah suis mekanikal dan ditambah PAB. Fungsi utamanya ialah untuk melindungi pengguna daripada arus bocor kebumi.
rcbo.jpg
Pemutus Arus Baki dengan perlindungan Arus Lampau (RCBO – Residual Current Breaker with Overcurrent Protection). Ini adalah Pemutus Litar Arus Lampau dengan ditambah fungsi PAB (MCB +RCCB). Ia mempunyai dua fungsi;
(a) untuk memberi perlindungan daripada arus rosak ke bumi (earth fault currents); dan
(b) untuk memberi perlindungan daripada arus lampau (over currents).
Keburukan RCBO ialah jika ia terpelantik adalah tidak dapat diketahui samada disebabkan arus lampau atau arus rosak ke bumi.
GFI = Ground Fault Interrupter. Istilah ini biasanya dipakai di Amerika Utara.Operasinya adalah sama seperti PAB.
Oktober 29, 2010 pada 7:07 pm
Saya seorang chargeman A1 thn.1981 dari gopeng tin mining (lombong bijih timah.Sekarang saya berada Bkt. Beruntung, Rawang.Kerja di kilang. Umur 62 thn.
Disember 30, 2011 pada 8:49 am
salam 1 malaysia…harap dapt berkongsi ilmu dan pgetahuan…
Februari 18, 2011 pada 10:59 am
BRo leh gitau ke cara-cara pengujian PLBK jenis voltan..serabut da kepala ni..
April 4, 2011 pada 12:43 am
nk tny kebaikan n keburukan mcb, elcb?
Disember 30, 2011 pada 8:53 am
Harap ini dpt memberi sedikit maklumat n pegetahuan..

April 6, 2011 pada 3:35 pm
apa penalti/hukuman bagi keselamatan elektrik
Disember 30, 2011 pada 8:47 am
rujuk buku akta bekalan letrik…tajukny kesalahan series…
November 13, 2011 pada 8:37 pm
salam org2 chargeman …
Disember 30, 2011 pada 8:47 am
wkslm…
Disember 30, 2011 pada 12:55 am
salam semua…>.bagus batch korang nie siap ada blog tue….kerja pon semua gempak2 kan….selamat maju jaya tuk korang semua..jadilah chargeman yg berwibawa
Disember 30, 2011 pada 8:46 am
trima kasih…doakan yg trbaik….