tugas-tugas chargeman gred r17 mgikut skop SPA

Penjaga Jentera Eletrik Gred 17 TK2 1

SUKATAN PENILAIAN PUSAT PENILAIAN KOMPETENSI (PPK) TAHAP KECEKAPAN 2 BAGI PENJAGA JENTERA ELEKTRIK GRED R17

1.0 MATLAMAT Menentukan tahap kompetensi pegawai dari  aspek pengetahuan serta ciri-ciri sikap, nilai dan etika kerja positif yang diperlukan dalam memahami peraturan, prosedur dan sistem kerja sesuai dengan bidang tugas perkhidmatan.

2.0 TUJUAN Untuk menilai kompetensi pegawai di  Tahap Kecekapan 1 bagi membolehkan pengiktirafan dan memenuhi salah satu syarat untuk dipertimbangkan Anjakan Gaji dan/atau kenaikan pangkat ke gred yang lebih tinggi.

3.0 PEGAWAI YANG LAYAK Penjaga Jentera Elektrik Gred R17 yang telah disahkan dalam perkhidmatan dan berada di peringkat gaji P2 dan/atau P3.

4.0 KOMPETENSI PERKHIDMATAN Kompetensi perkhidmatan  adalah keperluan kemahiran untuk melaksanakan tugas bagi Penjaga Jentera Elektrik Gred R17. Kompetensi perkhidmatan adalah seperti berikut:

4.1 Kebolehan mengendali dan menyenggara jentera dan peralatan elektrik;

4.2 Kebolehan mengesan kerosakan peralatan elektrik;

4.3 Kebolehan membaiki kerosakan kecil;

4.4 Kebolehan menyediakan laporan kerosakan;

4.5 Kebolehan mengendalikan jentera dengan cara tepat dan selamat. Penjaga Jentera Eletrik Gred 17 TK2

2 5.0 JENIS KOMPETENSI

Pegawai akan dinilai melalui dua (2)  komponen iaitu Kompetensi Generik dan Kompetensi Fungsional.

5.1 Kompetensi Generik Kompetensi Generik iaitu pengetahuan, kemahiran dan ciri-ciri peribadi yang perlu dimiliki oleh setiap pegawai tanpa mengira gred jawatan dan organisasi.  Sukatan Penilaian adalah ditetapkan oleh Panel Penggubalan Sukatan Penilaian Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE).

5.2 Kompetensi Fungsional Kompetensi Fungsional iaitu pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan bagi melaksanakan bidang tugas  sesuatu jawatan. Kompetensi Fungsional bagi pegawai adalah seperti berikut:

5.2.1 Menyenggara pemasangan elektrik dan papan suis utama voltan rendah.

5.2.2 Membuat kerja-kerja pengujian pemasangan elektrik voltan rendah.

5.2.3 Mengesan dan membaiki kerosakan elektrik voltan rendah.

5.2.4 Mengendalikan kerja-kerja  pensuisan dan pematuhan kepada prosedur kerja.

5.2.5 Menyenggara sistem perlindungan elektrik voltan rendah.

5.2.6 Menyenggara janakuasa tunggu sedia dan papan kawalan.

5.2.7 Membuat pemasangan dan penyambungan kabel bawah tanah dan talian atas.

5.2.8 Berkebolehan menyenggara pepasangan elektrik dan papan suis utama voltan rendah.

5.2.9 Menyenggara sistem pemula motor.

5.2.10 Menyediakan laporan kerosakan dan ujian.

5.2.11 Menyenggara pembetul angkadar kuasa (capacitor bank).

Penjaga Jentera Eletrik Gred 17 TK2 3

5.2.12 Mengetahui dan memahami Peraturan-peraturan Elektrik 1994 dan Akta Bekalan Elektrik (Akta 447)

5.2.13 Berkebolehan membuat kerja-kerja pengujian pepasangan elektrik voltan rendah.

5.2.14 Berkebolehan mengesan dan membaiki kerosakan elektrik voltan rendah.

5.2.15 Berkebolehan mengendalikan kerja-kerja pensuisan dan pematuhan kepada prosidur kerja.

5.2.16 Berkebolehan mengendalikan dan menyenggara sistem perlindungan elektrik voltan rendah.

5.2.17 Berkebolehan menyediakan laporan kerosakan dan ujian.

5.2.18 Memahami gambarajah pendawaian skematik dan susunatur pepasangan.

5.2.19 Berkebolehan mengendalikan peralatan/perkakasan elektrik terkini.

sumber: http://intranet.nahrim.gov.my/files/Template%20Sukatan-Gred%2017%20TK2_R17.pdf

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: